
aku menonton papadom lewat malam semalam. filem ini merupakan filem yang dah lama aku tunggu sejak dari dulu. sebab mungkin kerana dek namanya papadom. rasa lapar, dan teringin saja nak makan nasi kandar lewat-lewat malam begini. filem ini bercerita tentang kasih sayang seorang ayah pada anak. selalunya, kita jarang menyebut-nyebut tentang ayah berbanding dengan ibu kita. kita selalu sangat cakap pasal ibu, dan orang kalau nak buat filem pun, selalunya ibu sering dibicarakan. dan bukan ayah. di kesempatan ini, aku merasakan bahawa, afdlin, sebagai ayah, dia juga berhak bersuara dan berkongsi pengalaman mahupun isi hatinya kepada kita.
Papadom merupakah sebuah filem yang cukup indah. sekali sekala, tengok filem ini ada iras-iras sentuhan prof razak mohaideen.
adalah sikit-sikit, kat hujung-hujung. aku nampak afdlin sekarang suka bermain dengan cara parody. mungkin lebih mudah dan dekat dengan kita. tak habis-habis gelak dibuatnya!.
seorang ayah sering merasakan begitu sukar untuk meluahkan isi hati dan fikiran kepada anak-anak mereka. lebih-lebih lagi perempuan. namun kita tahu yang kita saling sayang menyayangi antara satu sama lain. pengorbanan seorang ayah adalah setaraf ibu yang telah melahirkan kita. tanpa dia, kita tidak akan wujud di muka bumi ini. juga.
hampir nak tergelak juga bila watak farid kamil sebagai
hisham dalam papadom, digambarkan sebagai seorang lelaki yang penakut, lemah dan harap muka je mahal. tapi sebaliknya. dia juga aku dapat rasa afldin nak tunjukkan watak tu sebagai lelaki yang bi-seksual. nampak parody kat situ. walaupun farid dah banyak kali cakap nak improve cara lakonan, adalah sikit kesungguhan dia aku nampak dalam filem ni.
mungkin lain pengarah, lain sikir lah hasilnya. tak kisah lah, kalau aku lah jumpa lelaki macam farid tu, macam nak tergelakje dibuatnya!
watak que haidar, si
wajib tayang buat aku teringat kepada seseorang. betul! sebijik! kita yang belajar filem kat sini, sama saja!. jadi bila tengok sendiri dalam filem, ada rasa lain macam!. tak tahu macammana nak habaq. bila tengok bilik editing kita masuk tv, riuh sekampung dalam panggung. seronok sebab apa yang kita belajar masuk tv agaknya. :D
seorang bapa yang workhaholic macam saadom, selalunya tersepit dalam situasi begitu. bukan tak nak luangkan masa dengan keluarga atau anak-anak, tetapi, mereka ada satu sikap, yang semuanya lah tak boleh nak lepaskan!. kena buat dulu dan selalu berjanji macam-macam kepada isteri dan anak-anak. tapi, bilanya tu? tak jugak-jugak. epas dah jadi sesuatu kejadian atau kematian, barulah penyesalan sepanjang zaman lahir dari jiwa dan jasad. sebagai anak, kita perlu sering belajar bertolak ansur dan cuba untuk meletakkan diri kita kepada tempat ayahanda tercinta. namun, kebanyakkan anak-anak kita memberontak dan melakukan sesuatu yang kononnya lebih bebas dan bahagia. sebagai anak juga, kita tidak patut ada satu sikap untuk "mengubah" ayah ataupun bonda kita. sebaliknya kita perlu belajar memberi dan menerima mereka adalah ibu bapa kita di muka dunia. ingatkan pahala, itu merupakan kasih sayang yang paling tinggi nilainya.
ini yang aku rasa setelah menonton papadom. walaupun papadom tribute kepada bapa-bapa sekalian alam, namun, sebagai seorang anak, aku faham pengorbanan dan penyesalan yang dirasakan. perasaan saadom kepada miasara seolah-olah persediaan yang tidak mahu berlaku kepada diri afdlin sendiri apabila miasara dewasa nanti. banyak perkara yang tak boleh dilafazkan secara terang benderang. macam dialog afdlin dan que haidar si wajib tayang masa mengintai miasara dekat atas pokok tu. dalam filem lah nak cakap apa saja pada kita!:D
namun ada satu babak yang mengganggu aku sejak malam tadi. babak bila saadom menyalakan rokok dan berbual dengan isterinya (khiriah). aku rasa, masa tu afdlin tak hisap rokok pun tak apa. sebab, watak yang digilap dari awal cerita, afdlin tak nampak sebagai perokok. tetapi hanya pada babak itu saja, kita tahu yang dia merokok. entah kenapa aku kurang gemar.
walaupun aku rasa papadom boleh diselarikan dengan lebih dalam lagi, namun, bak kata beliau, nak buat filem kena fikir komersial juga, dan kena selalu ada hal-hal kekeluargaan, baru orang kita pandang! dan baru boleh jual!:D jadi fikirlah, kita nak buat filem syok sendiri sebab terlalu passion ataupun nak hidup. dua-duapun boleh..:D. aku menanti seorang anak buat filem untuk ayah bonda mereka. nak lihat cara anak-anak pula cakap cara nak menghargai orang tua mereka. selalunya tak sama. sebab nilainya, adalah tak mampu terbalas. macam pengorbanan orang tua kita pada kita.
papadom buat aku rindu pada abah. papadom buat aku sedar nilai kasih sayang berpanjangan kepada abah. papadom juga telah buat aku sedar bahawa aku perlu sering bertolak ansur dengan abah. sebab pengorbanan abah, tak ada nilai harganya. terlalu tinggi dan tak mampu untuk aku balas.